Pages

Monday, November 15, 2010

Remaja zaman sekarang....

Takut dan risau rasanya melalui zaman sekarang...setiap hari ada sahaja perkara yang mereka lakukan yang melanggar batasan susila..hari ini kita disajikan dengan kelakuan beberapa remaja yang melempang seorang pengemis yang sedang tidur, kemudian ketawa berdekah-dekah...kejam sungguh...bukan bermakna mereka pengemis, mereka boleh diperlakukan sedemikian rupa mahupun sesuka...mereka juga mempunyai hak... apakah kepuasan yang mereka perolehi dengan berbuat demikian, tidak terlintaskah di fikiran mereka, jika ahli keluarga diperlakukan begitu...paling tidak pun, kalau kita sendiri diperlakukan sedegitu suatu hari kelak....ingatlah...kita bukan sentiasa berada di tahap teratas sepanjang hayat... wahai remaja berkenaan...walaupun tiada pertalian darah antara kita sesama manusia....namun kita semuanya mahluk Allah.... 

Bagi aku ibubapa tidak seharusnya dipersalahkan sepenuhnya ekoran kelakuan remaja2 ini, sebab masing2 dah besar panjang... otak ada takkan benda2 basic menghormati hak2 org lain pun tak tau...wtf

Ya Allah Ya Tuhanku...jauhkanlah anak2ku daripada melakukan perkara2 seumpama ini...Amin


No comments: