Pages

Wednesday, October 27, 2010

Surah Al-Kautsar....Surah penawar

Surah Al-Kautsar dikatakan surah penawar, marilah sama2 kita mengamalkannya;

Surah ini paling pendek, hanya  mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.  Kolam sungai ini diperbuat daripadabatu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih  putih daripada susu  dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi  iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita  amalkan:-

1. Baca surah ini ketika hujan dan  berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3. Jika  sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir  itu.

5. Jika membacanya 1,000x rezeki kita  akan bertambah.

6. Jika rajin membacanya,  hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika  menunaikan solat.

7. Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya  sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.



p/s buat sahabatku, terima kasih kerana menyampaikan ilmu kepadaku, semoga kita sama2 beroleh manfaatnya...Insya Allah......

Friday, October 22, 2010

Tanggal 22.10.2010, genaplah usia baby girl aku 4 tahun, begitu pantas masa berlalu...

Selamat menyambut ulang tahun yang ke-4 buat cinta hati mama, papa, babang, babang aas n babang im...kami doakan baby echa menjadi anak yang solehah, dicintai dan sentiasa dilindungi Allah, menjadi kesenangan semua orang serta berjaya di dunia dan akhirat....InsyaAllah..Amin

~~we love u very very much dear~~

Thursday, October 21, 2010

Cara menadah tangan yang betul semasa berdoa

Selagi ada ilmu yang disampaikan pada aku, selagi itu aku akan berkongsi dengan kawan2 semua, dan sekiranya ilmu yang aku sampaikan tidak tepat atau tersasar, harap2 ada yang menegur dan mengingatkan...

Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.

Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.
 
Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. “Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur ‘ba’ . Titik ‘ba’ letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur ‘ba’ bernama ‘Har Hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan”.

Mencari keberkatan doa…
Doa senjata orang mukmin…. Berikut ada panduan tata cara berdoa iaitu:
1. Angkat tangan ke paras dada
2. Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan
3. “apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba ب
Titik ba terletak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yg kita tadah. Setiap huruh hijaiah didalam al quran ada malaikat yang menjaganya. Huruf ba dijaga oleh malaikat bernama ‘har hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap allah tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
4. Duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
5. Sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Cthnya… jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama allah ar-razaq dan disusuli juga dengan bersalawat nabi saw
6. Berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yg dapat difahami kerana allah maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambanya
7. Ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari usia kecil kerana insya allah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan.


Semoga kita lebih ikhlas dalam memanjatkan doa...InsyaAllah.

Tuesday, October 19, 2010

Pengemis oh Pengemis....

Mendengar hot chat pagi ni yang membincangkan pemurahnya rakyat Malaysia menghulurkan duit kepada pengemis......teringat peristiwa aku dan keluarga semasa bercuti di Kota Kinabalu pada awal tahun 2010...

Kami didatangi oleh seorang perempuan remaja bersama ibunya ketika mahu menyeberangi jalan untuk menikmati panaroma malam di Waterfront..kalau tak silap aku sekitar 9 - 10 malam....dengan menggalas begnya, remaja itu memberitau bahawa dia dan ibunya telah ketinggalan bas untuk balik ke Tawau kalau x silap, so katanya, mereka berdua tidak mempunyai wang untuk makan, menginap dan membeli tiket bas semula.....mula tu memang aku rasa simpati dan hampir2 saja menghulurkan duit kepada mereka berdua......entah bagaimana hati aku berdetik, berkemungkinan mereka berdua adalah penipu...sebabnya, sekiranya betul mereka memang tidak mempunyai wang, sudah pasti mereka menunggu bas sebelum bas bertolak.....dan lagi kawasan itu adalah tumpuan orang ramai, tidak kira pelancong seperti aku maupun orang tempatan.....dan akhirnya aku kata minta maaf, saya tak boleh bantu dan kami terus beredar...dari seberang jalan aku melihat dia sedang mencari mangsa lain....ehm

Berdasarkan coretan wartawan utusan malaysia hasil penyamaran mereka, hasil kutipan mereka dalam masa 2-3 jam mampu memcecah RM100, wow... memang lumayan...sikap mudah belas dan simpati rakyat malaysia inilah yang akan menambahkan lagi bilangan golongan ini... dan mungkin juga sesetengah mempunyai kumpulan mereka sendiri...semoga mereka akan sedar suatu masa nanti...kerana Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima...

coretan yang di ambil dr Utusan Malaysia;


FENOMENA pengemis berkeliaran seolah-olah menjadi sesuatu yang sukar dipadamkan daripada pemandangan di bandar raya Kuala Lumpur dan bandar lain di seluruh negara.

Entah di mana silapnya, golongan ini makin bertambah walaupun operasi demi operasi dilakukan pihak berkuasa untuk menangkap mereka. Mereka menggunakan pelbagai cara untuk menagih simpati.
Bagi sesetengah orang, kemunculan pengemis di tepi kaki lima bangunan, di atas jejantas atau peminta sedekah bergerak sangat merimaskan.
Namun, ramai juga yang tidak ambil kisah malah sentiasa mendekati mereka untuk menghulurkan sedekah atau sumbangan sebagai tanda simpati terhadap nasib golongan terbabit.
Bagi menyingkap sikap pemurah rakyat Malaysia, empat wartawan Unit Khas Utusan Malaysia menyamar sebagai pengemis selama enam hari di sekitar bandar raya Kuala Lumpur.
Ikuti kisah penyamaran wartawan terbabit yang turut mencatatkan pelbagai pengalaman dan kerenah berdepan warga kota yang mempunyai persepsi berbagai-bagai terhadap golongan pengemis.

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Memang lumayan! Hanya berbekalkan tin kosong atau bekas minuman untuk tempoh dua hingga tiga jam, pendapatan seseorang pengemis di ibu kota boleh mencecah RM100.

Pada masa sama, ia juga bukti bahawa rakyat Malaysia memang pemurah. Mereka tidak pernah lokek menghulurkan duit kepada pengemis yang menggunakan pelbagai cara untuk menagih simpati.
Itulah penemuan daripada penyamaran empat wartawan Unit Khas Utusan Malaysia yang menjadi 'pengemis' di sekitar ibu kota baru-baru ini.

Friday, October 15, 2010

Anak mendengar kata dan lembut hati...InsyaAllah

A good reference for parents...thanx for my dear friend for sharing these ayat....

Sebagai ibubapa, kita akan sentiasa berusaha untuk memberi segala yang terbaik untuk anak-anak kita, dari perlindungan, pakaian, makanan, pendidikan dan macam-macam lagi...begitu juga aku..sentiasa berusaha untuk memberi yang terbaik untuk anak-anakku...InsyaAllah..YA ALLAH...kau permudahkan dan kuatkanlah aku dalam membesar dan mendidik anak-anakku...AMIN..

Anak-anak membesar dengan pelbagai kerenah dan ragam yang kadang2 di luar jangkaan kita..lebih2 lagi di zaman yang serba canggih...kecil2 lagi mereka sudah terdedah dengan pelbagai sumber dari alam cyber...inilah ujian dan dugaan buat kita sebagai ibubapa...

Baca surah taha ayat 1-5 3x pada telinga anak semasa anak tidur selama 7 hari berturut-turut..insyaAllah anak akan lembut hati dan mendengar kata..........

terjemahannya;

1:  Ta, Ha.
2:  Kami (Allah) tidak menurunkan al-Qur’an ini kepada engkau supaya engkau menjadi susah.
3:  Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut.
4:  Diturunkan daripada yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5:  (Iaitu) al-Rahman (Yang Maha Pemurah), yang bersemayam (menetapkan pentadbiran-Nya) di atas 'Arash.


Thursday, October 14, 2010

Eating fruits on an empty stomach.....

Very informative info....

We all think eating fruits means just buying fruits, cutting it and just popping it into our mouths. It's not as easy as you think. It's important to know how and when to eat. 
What is the correct way of eating fruits?


IT MEANS NOT EATING FRUITS AFTER YOUR MEALS! * FRUITS SHOULD BE EATEN ON AN EMPTY STOMACH.
 
If you eat fruit like that, it will play a major role to detoxify your system, supplying you with a great deal of energy for weight loss and other life activities. 


FRUIT IS THE MOST IMPORTANT FOOD.
Let's say you eat two slices of bread and then a slice of fruit. The slice of fruit is ready to go straight through the stomach into the intestines, but it is prevented from doing so. 

In the meantime the whole meal rots and ferments and turns to acid. The minute the fruit comes into contact with the food in the stomach and digestive juices, the entire mass of food begins to spoil.... 


So please eat your fruits on an empty stomach or before your meals! You have heard people complaining — every time I eat watermelon I burp, when I eat durian my stomach bloats up, when I eat a banana I feel like running to the toilet, etc — actually all this will not arise if you eat the fruit on an empty stomach. The fruit mixes with the putrefying other food and produces gas and hence you will bloat! 


Graying hair
, balding, nervous outburst, and dark circles under the eyes all these will NOT happen if you take fruits on an empty stomach. 

There is no such thing as some fruits, like orange and lemon are acidic, because all fruits become alkaline in our body, according to Dr. Herbert Shelton who did research on this matter. If you have mastered the correct way of eating fruits, you have the Secret of beauty, longevity, health, energy, happiness and normal weight. 


When you need to drink fruit juice - drink only fresh fruit juice, NOT from the cans. Don't even drink juice that has been heated up. Don't eat cooked fruits because you don't get the nutrients at all. You only get to taste. Cooking destroys all the vitamins. 


But eating a whole fruit is better than drinking the juice. If you should drink the juice, drink it mouthful by mouthful slowly, because you must let it mix with your saliva before swallowing it. You can go on a 3-day fruit fast to cleanse your body. Just eat fruits and drink fruit juice throughout the 3 days and you will be surprised when your friends tell you how radiant you look! 


KIWI:
Tiny but mighty. This is a good source of potassium, magnesium, vitamin E & fiber. Its vitamin C content is twice that of an orange. 

APPLE:
An apple a day keeps the doctor away? Although an apple has a low vitamin C content, it has antioxidants & flavonoids which enhances the activity of vitamin C thereby helping to lower the risks of colon cancer, heart attack & stroke.

STRAWBERRY:
Protective Fruit. Strawberries have the highest total antioxidant power among major fruits & protect the body from cancer-causing, blood vessel-clogging free radicals. 

ORANGE :
Sweetest medicine. Taking 2-4 oranges a day may help keep colds away, lower cholesterol, prevent & dissolve kidney stones as well as lessens the risk of colon cancer. 

WATERMELON:
Coolest thirst quencher. Composed of 92% water, it is also packed with a giant dose of glutathione, which helps boost our immune system. They are also a key source of lycopene — the cancer fighting oxidant. Other nutrients found in watermelon are vitamin C & Potassium.

GUAVA & PAPAYA: Top awards for vitamin C. They are the clear winners for their high vitamin C content.. Guava is also rich in fiber, which helps prevent constipation. Papaya is rich in carotene; this is good for your eyes. 

Drinking Cold water after a meal = Cancer!
Can u believe this?? For those who like to drink cold water, this article is applicable to you. It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion. Once this 'sludge' reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine. Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal. 

A serious note about heart attacks HEART ATTACK PROCEDURE': (THIS IS NOT A JOKE!) Women should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting. Be aware of intense pain in the jaw line. You may never have the first chest pain during the course of a heart attack. Nausea and intense sweating are also common symptoms. Sixty percent of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up. Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let's be careful and be aware. The more we know the better chance we could survive.

Tuesday, October 12, 2010

Laksa Penang....my family members favourite but not me....

At last aku belajar jugak macam mana prepare laksa penang...salah satu menu favorite family aku...just aku sorang je yang tak makan...yang lain memang hantu laksa...actually dah lama nak try buat tapi baru last 2 weeks berkesempatan belajar from my MIL...thanks...

sebelum aku terlupa di kemudian hari baik cepat2 catat kat sini.... biasa la nnt kalau dah lama2 lupa...sbb nnt banyak lagi resepi yang nak belajar....

Laksa Penang....
Bahan-bahannya:
Ikan kembung/Ikan sardin
Laksa (selalu guna laksa beras eka..sbb hubby x suka laksa basah)
Sedikit belacan
Bawang besar
Bunga Kantan
Cili kering (blend)
Daun kesum
Asam keping
Garam dan bahan perisa kalau suka

Bahan-bahan hiasan
Timun
Telur rebus
Daun pudina
Cili besar dan cili padi
Bawang besar

Cara2nya;
1. Rebus ikan dgn sedikit garam, kemudian toskan ikan, simpan air rebusan untuk menyediakan kuah laksa
2. Asingkan isi ikan dengan tulang, blend isi ikan dan masukkan ke dalam air rebusan ikan tadi, blend tulang dan tapis ke dalam air rebusan tadi.
3. Blend cili kering dan belacan, kemudian campur ke dalam air rebusan tadi.
4. Masukkan bunga kantan, daun kesum dan asam keping.
5. Masak kuah laksa, masukkan garam dan bahan perisa...
6. Kalau guna laksa kering...rebus laksa hingga lembut..kadang2 tu rendam dulu pun boleh...

dah siap...simple kan...bolehlah hidangkan bersama bahan2 hiasan tadi...sorry yer tak ada gambar x sempat nak ambik..tetamu dah sampai..next time kalau buat lagi akan ditempekkan gambarnye yer...

ok..saya dah try...anda bila lagi???....selamat mencuba

Monday, October 11, 2010

Kemalangan Maut 2 Bas, 3 kereta dan 1 van @101010 di Simpang Ampat

Kemalangan maut di Simpang Empat Alor Gajah , kemalangan yang paling dasyat aku rasa pada tahun ini..101010...yang melibatan 2 bas, 3 buah kereta dan sebuah van...dan ini bukanlah kali pertama kemalangan maut yang melibatkan bas express..sebelum ini kita pernah di gemparkan dengan kemalangan yang melibatkan bas express sani...siapakah yang perlu disalahkan, adakah syarat pengambilan pemandu bas di negara kita terlalu lemah..atau kondisi bas tersebut dalam keadaan yang kurang baik...atau macam2 lagi...

Masa kejadian di jangka sekitar 6.40 malam

kenderaan yang terlibat....
-Bas ekspress Delima dari Melaka ke Kuala Lumpur - punca kemalangan
-BAS Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis perhimpunan raksasa Persatuan Bekas Tentera Malaysia di Bukit Jalil
-3 buah kereta, salah sebuah kereta terbakar dan sebuah kereta terperosok di bawah bas
-sebuah van

Kemalangan berlaku di Kilometer 223 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan berhampiran Pedas. Kejadian dikatakan berpunca apabila bas ekspress Delima dari Melaka ke Kuala Lumpur bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke jalan sebelah terbalik merentangi jalan dan menghempap kereta dari laluan bertentangan itu...ekoran Tragedi Oktober ini mengakibatkan puluhan ribu kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sehingga lewat malam ini apabila pihak berkuasa terpaksa menutup laluan di kedua-dua arah untuk kerja-kerja menyelamatdaripada itu......

Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera, dan semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka.

gambar2 kejadian;





Al-Fatihah buat mangsa dan keluarga...

Wednesday, October 6, 2010

Kisah Arnab dan Kura-kura - Versi Baru best giler...

Kisah Arnab dan Kura-kura...kisah yang kita sering dengar dan baca sejak dari kecil hingga lah ke hari nie...tp kali nie kisah arnab dan kura2 yang bakal aku tempek nie dah di'improvise' sikit..menjadi lebih moden, menarik dan penuh dengan pengalaman dan pengajaran dan panduan la kepada kita semua..pendek kata..very relevan to nowadays la...dan yang pasti anda semua bakal tersenyum dan terfikir sendiri akan logiknya...memang kreatif org yang me'modify' kisah arnab dan kura2...terima kasih kepada pengirim yang men'forward'kannya padaku....aku suka sangat suka cerita ni..


Kisahnya.......

Suatu masa yang dahulu, Sang Arnab dan Sang Kura-kura saling mencabar satu sama lain tentang siapa yang terpantas dan akhirnya mereka bersetuju untuk mengadakan perlumbaan. Perlumbaan ini akan menentukan siapa lebih pantas. Sesiapa yang sampai lebih awal di garisan penamat yang dipersetujui dikira sebagai pemenang.

Perlumbaan pun bermula. Sang Arnab memecut pantas. Di separuh jalan, dia memandang ke belakang dan melihat Sang Kura-kura masih jauh. Jadi Sang Arnab pun berehat dibawah pokok dan tertidur.

Sang Kura-kura secara perlahan dan konsisten memotong Sang Arnab dan muncul sebagai juara perlumbaan tersebut. Sang Arnab terjaga dan menyesali apa yang terjadi.

Pengajaran : Perlahan-lahan dan konsisten membawa kejayaan.
(biasanya cerita ini akan berakhir disini....)

Sang Arnab kecewa dengan kekalahan ini. Sang Arnab membuat kajian untuk mengkaji sebab-sebab kekalahannya kepada Sang Kura-kura. Sang Arnab mendapat jawapan bahawa dirinya terlalu berkeyakinan tinggi, tidak berhati-hati dan terlalu sambil lewa.

Jika dia menyelesaikan ketiga-tiga masalah tadi, adalah mustahil dia akan kalah. Jadi Sang Arnab mengajak Sang Kura-kura untuk mengadakan perlawanan kedua. Sang Kura-kura bersetuju.

Kali ini Sang Arnab memecut dari garisan permulaan sehingga garisan penamat. Dia memenangi pertandingan dengan meninggalkan Sang Kura-kura jauh ketinggalan di belakang.

Pengajaran : Pantas dan konsisten dapat menewaskan perlahan-lahan dan konsisten.

Jika dalam sesebuah syarikat, terdapat seorang pekerja yang lambat dan konsisten dan seorang lagi pantas dan konsisten. Sudah tentu, individu yang pantas dan konsisten akan menjadi pilihan kita.

Lambat dan konsisten adalah baik tetapi pantas dan konsisten adalah lebih baik.

Cerita ini bersambung lagi. Kali ini Sang kura-kura pula memikirkan strategi untuk menang. Sang Kura-kura menyedari bahawa jika format pertandingan seperti sedia ada, adalah mustahil bagi Sang Kura-kura untuk menang. Strategi terbaik adalah mengubah format perlumbaan.

Setelah berfikir panjang. Sang Kura-kura mencabar Sang Arnab untuk perlumbaan ketiga. Kali ini dengan laluan yang dikemukakan oleh Sang Kura-kura adalah sedikit berbeza dari laluan asal. Sang Arnab bersetuju.

Perlumbaan dimulakan. Berbekalkan komitmen yang ada, Sang Arnab memecut pantas dan terhenti di sebuah sungai yang besar. Garisan penamat adalah beberapa kilometer diseberang dari sungai ini. Sang Arnab tidak tahu berenang.

Sang Arnab berhenti di tebing sungai dan memikirkan tentang apa yang patut dilakukan sekarang. Pada masa yang sama pula, Sang Kura-kura berjalan perlahan-lahan, setibanya di sungai, dia berenang ke seberang dan kemudiannya berjalan semula sehingga tiba di garisan penamat. Sang Kura-kura menang.

Pengajaran : Kenalpasti kelebihan diri anda, cebur dalam bidang yang anda mempunyai kelebihan.

Jika anda tidak mahir dan tidak berminat dalam bidang membuat kiraan stok. Tinggalkan bidang itu dan cari orang yang mahir dalam bidang tersebut. Jika anda minat dalam bidang pemasaran. Cebur bidang tersebut dengan sepenuh hati. Tetapkan laluan perlumbaan anda berdasarkan kelebihan dan minat yang anda miliki.

Kisah ini belum berakhir....

Setelah 3 kali perlumbaan. Sang Arnab dan Sang Kura-kura telah menjadi rakan karib. Mereka berbincang bersama. Mereka mendapat idea baru tentang cara meningkatkan kepantasan perlumbaan mereka.

Mereka bersetuju untuk berlumba, tetapi bukan sebagai pesaing tetapi sebagai satu pasukan.

Perlumbaan dimulakan.

Sang Arnab mendukung Sang Kura-kura dibelakangnya dan memecut pantas sehingga ke sungai yang besar. Setibanya di sungai, Sang Arnab pula berada di atas Sang Kura-kura yang sedang berenang. Setibanya di seberang sungai, mereka bertukar posisi sekali lagi dan sampai ke garisan penamat dengan jayanya.

Mereka merasa lebih puas dan berjaya berbanding apa yang mereka telah lalui sebelum ini.

Pengajaran : Walau sehebat mana pun seseorang individu, pasti terdapat bidang yang individu ini lemah dan orang lain lebih baik berbandingnya. Oleh yang demikian, adalah bagus kita bekerja dalam satu kumpulan dengan menggunakan kelebihan yang ada pada setiap orang.

...byk pengajarannya kan...memang bekerja dalam satu kumpulan untuk meraih sesuatu kejayaan bukan perkara yang asing lagi pelik...tp persoalaannya..adakah hasil atau 'reward' dari kejayaan yang dicapai juga dikongsi bersama...Renung2kan lah dan selamat beramal.....

Happy reading...:)