Pages

Wednesday, September 29, 2010

Kutu Oh Kutu...

Pagi tadi on d way to opis (sebelum kereta aku breakdown..tetiba je temperature kereta naik sampai merah)...sambil layan radio Hot FM...today topik diaorg KUTU...bukan kutu yg menghuni rambut kita tu tp permainan kutu... kat opis aku pun ada org main2 kutu2 tu tp among kwn2 yang dikenali la je, tapi aku x penah nak ambik port...ada yang main kutu duit, tupperware, pinggan mangkuk dan macam2 lagi la..tp so far xde penyelewengan berlaku la..ala suka2 je kan...

Hot pilih topik ni disebabkan terdapat kes di dada akhbar hari ini iaitu sepasang suami isteri yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam, diatas tuduhan menganjurkan pelaburan wang kutu menggunakan wang pos. Siap ada nama tu...nama program tu klau x silap aku Program Ekspres. Yg bestnye dah jadi jutawan depa 2 org ni..mana xnya..dia org dah kaut RM30 juta tu...ahli pun not bad 30k..fuyohh...siap ada syarikat tu..World Heritage Resources...

Rupa2nya ada termaktub dalam undang2 negara kita bahawasanya KUTU2 menyalahi Undang2...baru ku tau...kalau x salah akta tu namanya Akta Kumpulan Wang Kutu 1971...

Itu menurut akta yang dibuat oleh dek manusia, tapi dari segi Agama macam mana pulak yer...tadi ade dengar macam Agama kita mengHARUSkan tetapi boleh menjadi terLARANG...tp aku tak sempat dengar selanjutnya...nak kena tau dan tanya orang2 yang arif nie...

Saturday, September 25, 2010

Saintis Buktikan Nabi Musa Belah Laut

dari kiriman teman.... petikan akhbar : Saintis Buktikan Nabi Musa Belah Laut



(LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) 'berpusing' dan membentuk dinding air dekat Laut Merah)


BOULDER, Amerika Syarikat (AS) - Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.

Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. - Agensi 

Friday, September 24, 2010

Batang Buruk sedap............

last time masa balik raya d kampung, baru belajar buat batang buruk... favourite along, gigih masing2 belajar frm my cousin...thnx kak...

ni la batang buruk yg we all buat... few days je dah habis...


tempting kan....
and d recepi....

Batang Buruk:
Bahan-bahannya;
Kulit Popia
Susu Tepung
Gula
Tepung Kacang Hijau
Telur (utk gam)
straw besar (utk gulung kulit popia..klau nak guna benda lain yg rasa sesuai pun blh..but i prefer straw sbb licin, senang nak keluarkan kulit popia slps gulung)

Cara-caranya;
1. Potong kulit popia, gulung, jemur dan goreng kekuningan.
2. Goreng tepung kacang hijau hingga kekuningan, then masukkkan susu dan gula. Gaul sebati
3. Kulit popia diisi dan disalut dgn tepung...siap utk dimakan

Selamat mencuba....

Thursday, September 23, 2010

Tupperware Promo....

hari ni order tupperware from a friend of mine.... limited promotion and berjaya racun 2 more friends....




Wednesday, September 22, 2010

Tuesday, September 21, 2010

My 2nd attempt on Kek Buah Kukus....

inilah percubaan kali kedua aku untuk kek buah kukus.....


much better from d 1st attempt...nak tgk yg previous attempt sila ke entri ni Kek Buah Kukus Nuna Tana...

Monday, September 20, 2010

Bertemu kembali....

Salam semua...

Telah terlalu lama aku menyepikan diri..bukan ape sibuk sempena menyambutnya Syawal yang mulia....terlalu banyak story yang nak aku paparkan..tetapi tunggu ya...antaranya semestinya agenda penambahan ilmu memasak aku...pertamanya...percubaan kedua aku membuat kek buah kukus dengan menggunakan peralatan yang teramat lah complete di rumah bonda tercinta dan pertama kali membuat biskut batang buruk...

Yang lain...kisah anak perempuanku bertindik telinga, jalan raya, xtvt mandi sungai dan mcm2 lagi la...almaklum la balik kampung...

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir dan Batin...:))

Selamat hari raya aidilfitri kepada semua....
maaf zahir dan batin sekiranya ada salah dan silap....

berhati-hati di jalan raya..
ingatlah orang yang tersayang..
biarlah kepulangan kita disambut dengan riang ketawa
bukannya disambut dengan tangisan....

jom nyanyi lagu raya...oooo balik kampung hati girang....

Tuesday, September 7, 2010

Macam2 Cara Org nak Menyamun....

Hari ni di dada akhbar harian metro terpapar satu lagi helah/taktik org nak menyamun... semakin hari mereka semakin kreatif... kenapa x guna kreativiti tu untuk benda2 yang lebih bermanfaat...bagi sesiapa yg belum membaca news tersebut sila le baca supaya kita lebih berhati-hati di kemudian hari....

AMPANG: Umpan yang digunakan adalah seorang wanita yang bertindak menghubungi mangsa sebelum berjanji akan bertemu di sesuatu lokasi yang ditetapkan.
Namun semua taktik itu sebenarnya adalah satu tipu muslihat sebelum mangsa disamun sekumpulan lelaki yang dipercayai bersekongkol dengan wanita terbabit.
Terbaru, seorang lelaki berusia lingkungan 20-an menjadi mangsa apabila dia yang berkenalan dengan seorang wanita melalui panggilan telefon akhirnya hanya mampu berputih mata apabila disamun berhampiran pasar raya di Lembah Maju, Rabu lalu.
Menurut sumber polis, mangsa yang bekerja sebagai pembanci pada mulanya mengenali seorang wanita yang menghubunginya dua hari sebelum kejadian terbabit.
“Sejak dari hari itu, mangsa dan wanita berkenaan saling berhubung melalui telefon bimbit sebelum dia diajak wanita berkenaan bertemu di sebuah pasar raya.
“Wanita berkenaan memberitahu kepada mangsa yang dia ingin bertemu dengan lelaki terbabit kononnya mahu mengenali dengan lebih dekat lagi,” katanya.

Kek Buah Kukus dari Nuna Tana...

Semalam aku test power wat kek buah kukus nie... lebih kurang 5 jam aku kukus dari pukul 10 mlm sampai 3 pagi...crazy beb.. siang nie aku rasa di awang2an....

oleh kerana ramai member yang dah minta resepi ni dan atas keizinan tuan punyer resepi...aku share le dgn kawan2...

KEK BUAH KUKUS


Bahan-Bahan
1. 5 biji telur ayam
2. 400g Gula Castor
3. 1 Tin kecil susu pekat
4. 680g tepung gandum
5. 16oz/450g Butter Churn (Mentega) - ni aku pakai buttercup je..klau guna butter churn ni lagi moist
6. 2 kotak buah-buahan campur - x sempat nak potong pun
7. 2 sudu teh essen vanilla
8. 1 sudu teh baking powder

Cara-cara membuat;

1. Buah-buahan dipotong kecil-kecil dan digaul dengan 75g tepung gandum
2. Mentega dan gula castor dipukul sampai kembang (sampai bertukar warna keputih-putihan)
3. Gunakan bekas lain pukul telur hingga kembang dan kemudian masukkan susu pekat
4. Satukan adunan mentega/gula dengan telur/susu..
5. Masukkan tepung gandum, essen vanilla, baking powder dan buah-buahan yang dipotong ke dalam adunan tadi, gaul sehingga sebati.
6. Masukkan ke dalam acuan untuk dikukus selama 4-6 jam.
7. Kek yang sudah masak akan berwarna kekuning-kuningan.

Selamat mencuba...
Ini rupa yang aku buat...


rupa x de le cantik sangat...tapi rasa ade le..member aku kata kene pakai bekas yg x cukup besar....tp kat rumah aku itu je bekas besar yang aku ade....1st trial what u expect kan...

Demam Syawal yg bakal menjelang tiba....

Ah...gembira sekali rasanya dihati...Syawal bakal tiba..apatah lagi di sambut bersama keluarga tersayang..memang tak sabar rasanya. Mood raya memang telah menguasai diri...aku teruja sekali. Itu perasaan aku, anak2 mesti la terlebih excited....

Beberapa hari lepas aku merayau ke Jalan TAR, 'meninjau' apa yang patut..tp aku rasa byk yg kekurangan di sana...bukannya barang tiada, barang2 memang banyak, tapi seolah-olah tiada yang menarik hati...ehm..aku rembat je la apa2 yg patut..mcm x syok je shopping kali nie...tambah2 lagi hujan turun mencurah-curah...lagi le mematahkan semangat aku utk ber'shopping'...ingat nak repeat tapi rasanye mcm x sempat...

Di ofis, macam biasa, di akhir2 Ramadhan ni....masing2 sibuk dengan kuih raya dan kerepek2 yg da di'order' sblm puasa lagi...kepuasan dan ketidaksabaran nak beraya dah jelas terpancar di muka masing2.

Kali nie...timbul pulak teka-teki agak2nya bilakah raya...Khamis atau Jumaat... aku rasa Jumaat kot..

di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin....Drive safely...

Sunday, September 5, 2010

Diet Rasullulah SAW....

Diet Rasullulah..semoga menjadi panduan pada diriku dan kawan2 semua

Rupanya tanpa kita sadari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Inilah  antara punca kepada penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit.

JENIS MAKANAN

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

CARA MAKAN

• JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

• TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.

• JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Kesannya tidak dalam jangka pendek.... kesannya bila kita sudah tua nanti.
Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu karena akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+
sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan
ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merusak usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan lain antaranya:

• Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk
yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang
yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

• Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya
Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

• Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya seminit
setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan
yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa
milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka
darah akan mengalir keruang tersebut.

• Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga
ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda
terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)

Saturday, September 4, 2010

DOA duduk antara dua sujud

BESARNYA makna DOA yang kita baca semasa duduk antara dua sujud.....


Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)

Terima kasih sahabat kerana sentiasa mengingati aku....

Friday, September 3, 2010

Jom try...jelly bandung cincau Mat Gebu

Jom weekend nie try jelly bandung cincau ni...resepi dari mat gebu... resepi dia mmg menarik.. pernah gak try satu dua resepi...

tgk gambar dia dulu...


















anak2 pasti suka la nie...

resepinye kat bwh nie yer....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket serbuk jelly konnyaku
200 g gula pasir
800 ml air
250 ml susu cair
3 helai daun pandan
3/4 camca teh pati sirap rose (mat guna cap double-lion)
1 cawan cincau yang telah dipotong kiub kecil2


CARA MEMBUATNYA :-)

1. Satukan air, susu cair, gula, daun pandan dan serbuk jelly dalam periuk. Kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil dikacau hingga mendidih. Keluarkan daun pandan.

2. Tambah cincau dalam bancuhan dan sendukkan ke dalam acuan jelly kegemaran. Biarkan suam baru disimpan dalam peti sejuk sehingga jelly betul2 beku. Hidangkan sebagai pencuci mulut....

Selamat mencuba....

Rahsia Memotong Kuku

Bilakah anda selalu memotong kuku dan tahu kah anda adab memotong kuku....

Sempena Hari Jumaat yang mulia ni, aku kongsikan 'rahsia' yang aku perolehi dari seorg kawan yg mmg suka berkongsi ilmu denganku...


RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA : Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu   : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad   : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin    : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu   : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis  : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat  : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya
rahmat daripada Allah Taala.

untuk lebih detail...

Thursday, September 2, 2010

Clean your kidneys with less than $1.00

kata orang 'Sharing is Caring' kan...tapi tu la konsep aku..aku nak share semua knowledge and info yang aku ada..tapi sejauh mana berkesannya aku pun tahu...

Pernah la terbaca artikel nie...tapi x tau mana aku dapat...masa dapat tu aku paste je..lupa pulak nak catat dari mane sumbernye..boleh je nak googles dari mana kan..tapi tu la perasaan malas dah melanda diri...

sendiri translate la yer..

Years pass by and our kidneys are filtering the blood by removing salt, poison and any unwanted entering our body. With time, the salt accumulates and this needs to undergo cleaning treatments.

How are we going to do this?

It is very easy,
~ first take a bunch of parsley and wash it clean
~ Then cut it in small pieces and put it in a pot and pour clean water and boil it for ten minutes and let it cool down
~ then filter it and pour in a clean bottle and keep it inside refrigerator to cool.

Drink one glass daily and you will notice all salt and other accumulated poison coming out of your kidney by urination. Also you will be able to notice the difference which you never felt before.

Parsley is known as best cleaning treatment for kidneys and it is natural!

Apalagi..jom le try sama2..aku pun belum try lagi nie...kalau dah try we share d outcome okey...

lupa pulak...untuk yang tak kenal parsley... ini la rupa dia

Caution ! How thieves/robbers mark your houses.....

Hari raya dah nak dekatkan...ini salah satu peringatan untuk semua...dan sila check yer rumah anda


This is taken from a newspaper article in local Chinese papers recently....
Take note of any unusual markings in front of your house...
It could be a code for these unsavory people.

Translation:
[ + ] or [ - ] means Owner not in house during day/night
[ Θ ] means Staying alone or Renting
[...] means 3 family members staying
[ √ ] means House has been broken in before
[ * ] means Target
[ X ] means Not Target, Not Safe

Perlindungan Raya.....

Setelah di war2kan member2, untuk raya kali ni aku telah beli polisi ni dari pejabat pos...anda bagaimana...



Orang kata, sediakan payung sebelum hujan...