Mendengar hot chat pagi ni yang membincangkan pemurahnya rakyat Malaysia menghulurkan duit kepada pengemis......teringat peristiwa aku dan keluarga semasa bercuti di Kota Kinabalu pada awal tahun 2010...
Kami didatangi oleh seorang perempuan remaja bersama ibunya ketika mahu menyeberangi jalan untuk menikmati panaroma malam di Waterfront..kalau tak silap aku sekitar 9 - 10 malam....dengan menggalas begnya, remaja itu memberitau bahawa dia dan ibunya telah ketinggalan bas untuk balik ke Tawau kalau x silap, so katanya, mereka berdua tidak mempunyai wang untuk makan, menginap dan membeli tiket bas semula.....mula tu memang aku rasa simpati dan hampir2 saja menghulurkan duit kepada mereka berdua......entah bagaimana hati aku berdetik, berkemungkinan mereka berdua adalah penipu...sebabnya, sekiranya betul mereka memang tidak mempunyai wang, sudah pasti mereka menunggu bas sebelum bas bertolak.....dan lagi kawasan itu adalah tumpuan orang ramai, tidak kira pelancong seperti aku maupun orang tempatan.....dan akhirnya aku kata minta maaf, saya tak boleh bantu dan kami terus beredar...dari seberang jalan aku melihat dia sedang mencari mangsa lain....ehm
Berdasarkan coretan wartawan utusan malaysia hasil penyamaran mereka, hasil kutipan mereka dalam masa 2-3 jam mampu memcecah RM100, wow... memang lumayan...sikap mudah belas dan simpati rakyat malaysia inilah yang akan menambahkan lagi bilangan golongan ini... dan mungkin juga sesetengah mempunyai kumpulan mereka sendiri...semoga mereka akan sedar suatu masa nanti...kerana Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima...
coretan yang di ambil dr Utusan Malaysia;
FENOMENA pengemis berkeliaran seolah-olah menjadi sesuatu yang sukar dipadamkan daripada pemandangan di bandar raya Kuala Lumpur dan bandar lain di seluruh negara.
Entah di mana silapnya, golongan ini makin bertambah walaupun operasi demi operasi dilakukan pihak berkuasa untuk menangkap mereka. Mereka menggunakan pelbagai cara untuk menagih simpati.
Bagi sesetengah orang, kemunculan pengemis di tepi kaki lima bangunan, di atas jejantas atau peminta sedekah bergerak sangat merimaskan.
Namun, ramai juga yang tidak ambil kisah malah sentiasa mendekati mereka untuk menghulurkan sedekah atau sumbangan sebagai tanda simpati terhadap nasib golongan terbabit.
Bagi menyingkap sikap pemurah rakyat Malaysia, empat wartawan Unit Khas Utusan Malaysia menyamar sebagai pengemis selama enam hari di sekitar bandar raya Kuala Lumpur.
Ikuti kisah penyamaran wartawan terbabit yang turut mencatatkan pelbagai pengalaman dan kerenah berdepan warga kota yang mempunyai persepsi berbagai-bagai terhadap golongan pengemis.
KUALA LUMPUR 12 Okt. - Memang lumayan! Hanya berbekalkan tin kosong atau bekas minuman untuk tempoh dua hingga tiga jam, pendapatan seseorang pengemis di ibu kota boleh mencecah RM100.
Pada masa sama, ia juga bukti bahawa rakyat Malaysia memang pemurah. Mereka tidak pernah lokek menghulurkan duit kepada pengemis yang menggunakan pelbagai cara untuk menagih simpati.
Itulah penemuan daripada penyamaran empat wartawan Unit Khas Utusan Malaysia yang menjadi 'pengemis' di sekitar ibu kota baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment