Pages

Monday, October 11, 2010

Kemalangan Maut 2 Bas, 3 kereta dan 1 van @101010 di Simpang Ampat

Kemalangan maut di Simpang Empat Alor Gajah , kemalangan yang paling dasyat aku rasa pada tahun ini..101010...yang melibatan 2 bas, 3 buah kereta dan sebuah van...dan ini bukanlah kali pertama kemalangan maut yang melibatkan bas express..sebelum ini kita pernah di gemparkan dengan kemalangan yang melibatkan bas express sani...siapakah yang perlu disalahkan, adakah syarat pengambilan pemandu bas di negara kita terlalu lemah..atau kondisi bas tersebut dalam keadaan yang kurang baik...atau macam2 lagi...

Masa kejadian di jangka sekitar 6.40 malam

kenderaan yang terlibat....
-Bas ekspress Delima dari Melaka ke Kuala Lumpur - punca kemalangan
-BAS Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis perhimpunan raksasa Persatuan Bekas Tentera Malaysia di Bukit Jalil
-3 buah kereta, salah sebuah kereta terbakar dan sebuah kereta terperosok di bawah bas
-sebuah van

Kemalangan berlaku di Kilometer 223 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan berhampiran Pedas. Kejadian dikatakan berpunca apabila bas ekspress Delima dari Melaka ke Kuala Lumpur bergeser dengan sebuah kereta lalu melayang ke jalan sebelah terbalik merentangi jalan dan menghempap kereta dari laluan bertentangan itu...ekoran Tragedi Oktober ini mengakibatkan puluhan ribu kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sehingga lewat malam ini apabila pihak berkuasa terpaksa menutup laluan di kedua-dua arah untuk kerja-kerja menyelamatdaripada itu......

Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera, dan semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka.

gambar2 kejadian;





Al-Fatihah buat mangsa dan keluarga...

1 comment:

Anonymous said...

Al-Fatihah